Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Sakit itu suatu ujian

AsSalam alaykum w.b.t

"dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"
(Surah As-shu'araa :28)


Ketika sihat
hati sungguh riang
bebas melakukan apa saja
tanpa batasan
tanpa halangan

Bila nikmat sihat itu
ditarik
direntap
cepat pula melatah
"Ya Allah,sakitnya.."
baru teringat sang pencipta
yang Maha Kuasa

Memang ku akui
kadangkala
aku alpa
aku jauh
aku hanyut

Dengan sakit ini
berupa uijian
tanda teguran
simbol kasih
terhadap hambaNya
untuk aku lebih dekat kepada
Ya Rahman, Ya Rahim


~~nak berlari

p/s-diharap soft injury kat kaki ini cepat sembuh.ameen..








Wednesday, March 30, 2011

cuti a.k.a rehat

Salam alaykum wbt.

Pejam celik-pejam celik..
sudah hampir sebulan diriku berada di rumah..
cuti yang tinggal,masih lagi berbaki 7 bulan..
hmmm...
















Pada awalnya banyak kerja @ perkara yang diberikan cadangan kepadaku
oleh teman-teman dan keluarga..
~belajar menjahit *mak kata,naty bila kawen senang*
~amik lesen *adik kata,naty bleh amik dia kat sekolah*
~kerja cleaner hospital *adikku kata lagi,naty buleh knal ngan dukter2 handsume*
~kerja guru ganti *tapi sampai sekarang,menunggu jawapan permohonan*
~etc
tapi hinnga ke saat ini..
menjadi seorang suri rumah professional..hehe

rutinku..
as usual as a professional housewife
do chores..
paling menyeronokkan
'COOKING TIME'..

macam2 dan pelbagai lauk pauk
telah ku sediakan untuk keluargaku..*walaupun liat nak memasak*
ada yang menjadi..sedap..
yang tak menjadi..masin lar,tak cukup itu lar, tak cukup ini lar...
tapi bila time buat kek, kueh or biskut..
paling bersemangat..
bila jumpa aja resipi baru..
akan ku usahakan juga buat..
sampaikan ibu kata..
telur 1 dozen,xcukup untuk seminggu..
hehe..

tugasku juga menjadi pekebun berjaya..
habis sakit pinggang dan belakangku duk mengangkat pasu bunga..
huhu..
dan bila berada di rumah nie..
sempat juga aku mengikuti..
kelas aerobik /menari..
kelas-kelas agama..
solat berjemaah di masjid..

Walaupun tak bekerja seperti sahabat-sahabat yang laen..
hanya tinggal di rumah
membantu permudahkan urusan kerja rumah ibuku..
yang paling penting masa yang terluang diisi dengan perkara yang bermanfaat..
dan setiap masa dan detik itu dilakukan semuannya
lillahi taala..
demi mencari cintaNya
demi mendapatkan RedhaNya
dan
daku berpegang dengan janji-janji Allah
sesiapa yang tolong ahli keluarganya..
maka Allah akan memberikan ia ganjaran yang setimpal..

"..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan.."
(Surah Al-Maidah:2)