Saturday, May 24, 2014

ALLAH SEBAIK-BAIK PERGANTUNGAN

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah,
bila kita letakkan 300% pergantungan kepda Allah,
adanya ujian untuk kita terus kuot bergantung kepadanya.

Ujian itu ibarat tapisan,
untuk memilih mana satu hambanya yang layak disisinya.

Beruntunglah bagi mereka yang redha dan sabar atas ujian,
Beruntunglah bagi mereka yang lulus ujian.

hasbunallah wa ni'mal wakil,
nikmal maula, wani'mal nasir.

Cukuplah AllaH sebagai penolong.


http://www.youtube.com/watch?v=MX2-VfM_3S8


Friday, October 11, 2013

Anugerah

Assalamualaikum w.b.t.

Moga Allah kita smua sentiasa berada dlam linkungan rahmat dan kasih sayangnya.

This is d second entry for 2013.ouucch.. lama ditinggalakn.

Saat menulis nie, bersaksikan meja, kerusi, bercahayakan lampu meja di tabari 4 *ober lar plak*... moga Allah redha.



Hidup ini adalah anugerah
segala mehnah, ujian, suka, duka  mewarnai kehidupan 
yang membezakan kita,
cara menghadapinya.

Tsabatkanlah daku an sahabat2 di jalan dakwah ini.




Wednesday, February 27, 2013

Impian Menjadi Kenyataan


27 Februari 2013
Impian dan Harapan

Nama: Nurul Fattihah binti Zahari
Umur : 22 tahun
Status: Bujang
Asal: Besut, Terengganu
Tarikh Lahir: 18 Jun 1991
Pekerjaan : Pelajar Sains Bioperubatan, UIAM Kuantan
Cita-cita: Biologist, In shaa Allah.

Setiap orang mempunyai impian dan harpan yang mencorakkan hidupnya.

      Masa hadapan ibarat cahaya di tengah kegelapan. Masa hadapan ini 
    macam lampu penunjuk arah. Masa hadapan akan memandu 
hala tuju hidup kita, pembinaan syakhsiah kita.
~hilal asyraf

            Kerana memasang impian itu adalah reseptor pertama untuk 
merasakan nikmat kejayaan. Menanam impian itu adalah lampu suluh 
yang menerangi kegelapan. Dan memasang impian itu adalah harapan,
 yang akan terus memandu hati dan jiwa kita
 dalam mengejar keredhaan Tuhan. 
~ Inche Gabbana.

bagiku, impian dan harapan, yang jelasnya amat berkait dengan tujuan hidup
iaitu
mencari redha Allah
Menggapai cintaNya

semuanya kerana Allah

Monday, December 31, 2012

Assalamualaukumm..

di Tok Bali, Kelantan


alhamdulillah..
akhirnya kembali.
setelah 2 tahun

Azam Baru
Tahun Baru

Ya Allah,
ampunilah dosa-dosaku yang telah aku lakukan,
yang sedang aku lakukan
 atau
yang akan aku lakukan

Berkatilah umurku,
sibukkanlah diriku dengan perkara-perkara yang bermanfaat,
yang dapat memberi kebaikan kepada agamaku, negaraku, masyarakatku, keluaragaku dan diriku khususnya.

YaAllah
teguhkanlah imanku
Penuhilah jiwaku dengan cintamu
hiasilah akhlaku, perkataanku dan perbuatanku dengan iman dan taqwa

Ya Allah
pnjangkanlah umur ibu bapaku dalm ketaatan,
bahagiakanlah mereka dan berkatilah mereka,

.....

Ya Allah
menangkanlah agamaku
jadikanlah aku salah seorang yang menangkan agamamu
matikanlah aku dalam memenangkan agamamu
dan
matikanlah aku jika mati itu baik untukku.



penulis:
Miszbraces Abdullah






Saturday, June 4, 2011

Doa Rejab,Syaaban dan Ramadan

"Ya Allah, berkatilah
kami pada bulan Rejab dan bulan
Sya'aban serta sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan
Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang
berdiri sendiri dan aku bertaubat
kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah
Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut
disembah kecuali Engkau yang mencipta
aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam
genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian
(beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang engkau
berikan kepadaku dan mengakui dosa-
dosaku. Kerana itu aku memohon
keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada
yang dapat mengampuni dosa seseorang
kecuali Engkau Ya-Allah." 

........................

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
" Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

~moga kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaMu,Ya Allah juga rezkikan daku untuk bertemu lagi dengan Ramadan..ameen

Wednesday, May 18, 2011

~~bInTanG


Ingin sekali aku menjadi sebutir bintang
yang sentiasa bergelipan 
memancarkan cahayanya
menerangi seluruh alam

Ingin sekali aku menjadi sebutir bintang
yang sentiasa menyinar
walau di mana pun berada
juga ketika

Bintang yang paling kuat sirnanya
itulah aku
 ..........
To be a STAR is truly my dream
Star in the eyes of Allah
through absolute obedience
 worship
and
willingly to do anything for the sake of Him
 Star in the eyes of parents
to bring happiness into their life
and
to be a good daughter

Star in the eyes of people
to be a role model 
qudawah hasanah
like 
The Holy Prophet p.b.u.h
which
my acts
my behoviour
my attitude
my words
my appearance
will make them and their lives
in remembrance of Allah
insha Allah






Wednesday, May 11, 2011

Dedikasi

~~dedikasi untuk sahabat2 di
SK TENGKU MAHMUD (1998-2003)
SMK TENGKU MAHMUD 11 (2004-2006)
MRSM PENGKALAN CHEPA (2007-2008)
CFS IIUM PETALING JAYA (2009-2011)


Tahun 2011
sedar mahupun tak
umur sudah menginjak 20 tahun..
hampir 11 tahun sudah tinggalkan zaman persekolahan
dan sekarang masing-masing membwa haluan
untuk menggapai cita-cita
sebagai seorang doktor
sebagai seorang jurutera
sebagai seorang guru
dan macam-macam lagi..

tapi pernahkah kita tanyakan pada diri kita
apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini?
apa yang kita nak capai?
jika kita diberi peluang untuk hidup 100 tahun lagi..

Cukupkah jika sekadar
dalam hidup ini
kita berusaha
hanya untuk
mendapat 4 flat dlam setiap exam..
untuk apa??

kemudian kita sibuk untuk mendapatkan pekerjaan
yang menawarkan gaji lumayan
untuk apa??

kemudian selepas kita mendapat kerja
hatta sekarang pun,
kita sibuk untuk mencari pasangan hidup,teman
untuk berkahwin
dan menjalani kehidupan bahagia bersama-sama
sehingga akhir hayat
sudah lengkapkah kehidupan kita?

belajar,kerja, kahwin, ada anak
kemudian mati
itukah hidup kita??
makan,tidur, tengok tv, shopping, main games
itukah hidup kita??


seorang Islam
seorang Muslim
hamba kepada sang pencipta
harusnya kitaran hidup kita berbeza dengan yang lain..
bukan hanya berjaya dalam pelajaran
mendapat kerja yang lumayan
dan berkahwin...

Sesungguhnya..

kita punya satu misi
kita punya satu visi
mencari REDHA Allah
dan juga
menggapai CINTA Illahi
itulah sebenarnya hakikat seorang mukmin