Wednesday, May 11, 2011

Dedikasi

~~dedikasi untuk sahabat2 di
SK TENGKU MAHMUD (1998-2003)
SMK TENGKU MAHMUD 11 (2004-2006)
MRSM PENGKALAN CHEPA (2007-2008)
CFS IIUM PETALING JAYA (2009-2011)


Tahun 2011
sedar mahupun tak
umur sudah menginjak 20 tahun..
hampir 11 tahun sudah tinggalkan zaman persekolahan
dan sekarang masing-masing membwa haluan
untuk menggapai cita-cita
sebagai seorang doktor
sebagai seorang jurutera
sebagai seorang guru
dan macam-macam lagi..

tapi pernahkah kita tanyakan pada diri kita
apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini?
apa yang kita nak capai?
jika kita diberi peluang untuk hidup 100 tahun lagi..

Cukupkah jika sekadar
dalam hidup ini
kita berusaha
hanya untuk
mendapat 4 flat dlam setiap exam..
untuk apa??

kemudian kita sibuk untuk mendapatkan pekerjaan
yang menawarkan gaji lumayan
untuk apa??

kemudian selepas kita mendapat kerja
hatta sekarang pun,
kita sibuk untuk mencari pasangan hidup,teman
untuk berkahwin
dan menjalani kehidupan bahagia bersama-sama
sehingga akhir hayat
sudah lengkapkah kehidupan kita?

belajar,kerja, kahwin, ada anak
kemudian mati
itukah hidup kita??
makan,tidur, tengok tv, shopping, main games
itukah hidup kita??


seorang Islam
seorang Muslim
hamba kepada sang pencipta
harusnya kitaran hidup kita berbeza dengan yang lain..
bukan hanya berjaya dalam pelajaran
mendapat kerja yang lumayan
dan berkahwin...

Sesungguhnya..

kita punya satu misi
kita punya satu visi
mencari REDHA Allah
dan juga
menggapai CINTA Illahi
itulah sebenarnya hakikat seorang mukmin

No comments:

Post a Comment